Gaya & Tata: Gaya pakaian wanita profesional.
Professional look starts here
INTRODUCTION
Bengkel yang disajikan ialah bengkel 2-hari untuk wanita professional tentang pemakaian serta membangun gaya pakaian. Bengkel ini sangat praktikal Bersama konsultan memandu peserta kaedah mengenali jenis tubuh , memilih busana sesuai serta gaya pemakaian tersendiri.Sebuah sesi khas untuk pemakai hijab juga menjadi tumpuan. Suatu sessi khas tata-rias wajah serta penampilan lengkap akan diadakan. Konsultan imej juga akan berkongsi bagaimana membina gaya indidvidu dalam suatu sesi khas.
Hari kedua digubal khas untuk busana Melayu tradisional. Busana Melayu tradisi adalah warisan kita yang harus dilestari dan dibugarkan. Bukan orang Melayu sahaja yang boleh menghayati aspek seni busana Melayu. Peserta bengkel akan dipersembahkan sejarah ringkas evolusi busana Melayu, padanan warna, jelitawan Melayu dan akhir sekali penampilan lengkap.Sebuah sesi khas untuk mengena busana Melayu juga turut dianjurkan.
Sebuah pameran Busana Melayu Tradisional akan disediakan supaya peserta dapat menghayati persalinan lengkap Busana Melayu.

Gaya & Tata

Busana / Pakaian Melayu
Pakaian adalah budaya material penting diwilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu memaparkan identiti pemakai dan masyarakatnya dan diperihal dengan konsep ‘persalinan’. Dalam adat Melayu, menganugerah persalinan kepada pembesar dan tetamu kerajaan adalah suatu penghormatan kepada sang penerima dan menampil wibawa raja yang memerintah. Contoh anugerah persalinan kepada Hang Tuah adalah seluar, baju , ikat pinggang, sibar dan destar.
Item penting dalam busana Melayu ialah sarung dan boleh dikatakan ‘derivatif’nya iaitu kain -kain yang digubah untuk tujuan tertentu, seperti kain kelubung, destar, samping dan sebagainya. Justeru cara pemakaian kain dalam pelbagai busana adalah kemahiran asas dalam gaya dan tata busana Melayu.
​
Busana atau pakaian Melayu hanya akan lengkap dengan tata perhiasan yang dipakai ditangan, dada, leher dan kepala.
​
Kain-kain Melayu tradisional yang dikenakan untuk tujuan keramaian adalah seperti baju antekesuma, kain antelas, kasa dewangga (Timur tengah-Farsi-Asia tengah-Cina) kain kembayat (Cambay) patola (Gujerat) dan tenunan Istambuli (Istambul) (Siti Zainon Ismail 2008), juga tenun atau sulaman zardozi menggunakan benang emas sebenar. Kain basahan untuk pakain harian menggunakan kapas dan gentian tempatan.
Busana Mahjubah
Kecenderungan khalayak Muslim khususnya Muslimah untuk berbusana patuh shariah tetapi tampak anggun membuahkan busana mahjubah/santun/ atau pun dalam ungkapan kini ‘hijabist’. Busana santun professional harus sesuai untuk semua umur dan semua khalayak. Berpakaian patut dan santun adalah ciri masyarakat beradab, tidak semestinya hanya untuk suatu kaum tertentu sahaja.


Bengkel
Bengkel Gaya & Tata ini akan merangkumi pakaian sopan dan pakaian Melayu untuk busana formal kerja, majlis formal, majlis keraian dan kasual. Bengkel ini diadakan secara interaktif dimana peserta dapat berkongsi idea gaya dan tata mereka, kemuncaknya pada sesi penampilan total.
Bengkel Gaya & Tata EVSB
EVSB menawarkan bengkel Gaya & Tata ini kepada semua individu wanita terutama organisasi kerajaan ataupun swasta.
Objektif
-
Membugarkan gaya dan tata busana santun dan busana melayu kepada khalayak umum.
-
Menampil pemakaian patut dan santun untuk pelbagai suasana dengan anggun bergaya.
-
Membudaya dan memperaga busana Melayu dengan betul.


Cara bengkel
-
Bengkel diadakan secara bersemuka dengan peserta di premis yang dipersetujui oleh peserta dan EVSB.
-
Bengkel juga boleh diadakan secara atas talian.

CONTACT
US
Tel. 03 8925 8301
info@entruss.net
No. 15, Jalan 1/3C,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
​
VISIT
US
Monday - Friday 09:00 - 17:30
​